About Me

My photo
3 CINTAKU !Cinta pada Allah,Cinta pada Nabi Muhammad S.A.W,Cinta pada Ibu Bapa

Sunday, May 29, 2011

Imam Muda Musim Ke-2

 IMAM MUDA MUSIM KE-2

Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik...
Imam muda musim ke 2 ini juga penyambung kpd Imam muda musim pertama.
  IMAM MUDA MUSIM PERTAMA


Juara imam muda musim pertama
IM ASYRAF
(Tapi,ni bukan abg aku..Nama je yg sama)


Naib juara imam muda musim pertama
IM HIZBUR
(Ini pulak takde kene mengene dgn abg aku)

Disini juga aku nk bgtahu biodata imam muda musim ke-2..

IMAM MUDA ALI
Seorang yg pandai melukis kartun dan menggunting rambut(lelaki)

IMAM MUDA HASSAN
Seorang yg pernah turut serta program realiti

IMAM MUDA AZLAN

IMAM MUDA AMMAR
Seorang yg boleh mengubat batin dan mengesan aura

IMAM MUDA MUJAHID
Seorang yg berakrobatik dan bergimnastik

IMAM MUDA NAJDI
Diantara peserta yg paling muda dlm imam muda musim ke-2

IMAM MUDA NAZRUL
Pernah juara marhaban dan nasyid

IMAM MUDA FATTAH
Seorang yg boleh berjenaka dan berlawak mencuit hati

IMAM MUDA FADLI
IMAM MUDA FAKHRUL

Aku suka sangat tengok program imam muda ini.Kalau bole,nk pergi tengok imam muda mase final nanti.Itu pown kalo bole laa.Sesiapa yg berkesempatan tgk la;
  • Medan Imam muda 9.00 malam hingga 10 malam setiap hari Jumaat di saluran 106 astro oasis.
Saksikan bagaimana kesemua 10 peserta yang terpilih mengharungi cabaran mengatasi pelbagai ujian penting mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir.


Saturday, May 28, 2011

Jamuan Makan Tok Guru

SEORANG Tok Guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan.Dengan pakaian yg sangat sederhana,Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut.
  Malangnya,setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan.Tuan rumah lenih mengutamakan org kenamaan;org kaya,org berpangkat dan ternama mendapat keutamaan.Tok Guru dipinggirkan.
  Menyedari sikap "pilijh bulu" tuan rumah,Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya,Kali ini beliau memakai pakaian yg mahal dan gemerlapan.
  Kemudian dgn segera beliau pergi semula ke majlis tersebut.Kali ini dia disambut dgn mesra dan dijemput dgn hormat mnejamu selera makanan yg lazat-lazat oleh tuan rumah.
  Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk-pauk dan makanan yg dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya,seluar dan seluruh pakaiannya yg mahal-mahal itu.
 "Mengapa?"tanya org ramai.
  Tok guru menjawab,"Tuan rumah hendak menjamu pakaianku,bukan diriku!"
PAKAIAN..
YG MANA SATU MEREKA  LIHAT?          
VS
Pengajaran:Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan org lain terhadap diri kita.Inilah yg dikatakan harga diri.Dan inilah syarat utama untuk berjaya dlm hidup.Jadi,jgn risau kalau kita tidak dihargai,tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga.Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yg kita pakai atau miliki,tetapi pada ilmu,akhlak dan takwa yg ada dlm diri.

Mudahkan yang payah.

     Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya tidur boleh tidur malam.
Pelbagai cara telah diusahakan,tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi.
     "Apa yg mengganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur?"tanya doktor.
"Saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi di bawah katil saya.Dan apabila saya memejamkan mata,dinosaur itu membaham saya!"
     "Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak.Tidak ada dinosaur,percayalah."
"Ada!jawabnya penuh yakin.
      Doktor itu mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki itu.
"Jelas ini masalah psikologi."kata dokor pakar psikologi.
"Ini masalh fobia akibat didikan masa lampau,"ujar seorang pakar yg lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf,"tambah seorang doktor pakar saraf.
"Baiklah.Saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing untuk mengubatinya,"rumus doktor tadi.
Selepas seminggu,doktor tersebut bermesyuarat semula untuk membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah psikologi yang sungguh kroni.Pelbagai kaedah telah saya gunakan,tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur di bawah katilnya,"pakar psikologi membuat penjelasan.
"Sarafnya semua okey.Tidak ada apa-apa yang tidak normal."
"Saya syorkan dia menerima rawatan alternatif."
 Banyak cadangan yang diusulkan,sehingga doktor itu bingung mana satu rawatan yg logik untuk dilaksanakan.
  Di rumah,doktor itu bermenung panjang.
  "Mengapa ayah termenung?"tegur anaknya yang berusia tujuh tahun.
  "Ada masalah pesakit ayah."
 "Apa masalahnya ayah?Mana tahu saya boleh membantu."
Dalam hati doktor terdetik,kalau daripada kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapt menyelesaikan masalah ini,inikan pula anak yg berusia setahun jagung!
Namun untuk meraikan si anak,doktor itu pun menceritakn masalah pesakitnya.
 "Oh,dia rasa ada dinosaur menyorok bawah katilnya hingga dia tidak boleh tidur?"
 "Ya begitulah."
"Kalau begitu ayah potong sahaja kaki katilnya!"
 "Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalahnya tidur boleh tidur?"
 "Kalau kita potong kaki katil,sudah tentu dinosaur tu tak ada tempat untuk bersembunyi!"
 "Ya tak ya juga,"bisik doktor itu dalam hatinya.
Esoknya,kaki katil si pesakit itu dipotong.
"Nah,sekarang dinosaur itu tidak ada tempat lagi bersembunyi di bawah katil kamu.Kamu boleh tidur sekarang."
Benarlah si pesakit itu pun boleh tidur dgn nyenyaknya.
Pengajaran:Betapa banyak masalah besar yg dapat diungkai apabila kita berfikir dengan santai,bebas  dan keluar daripada kotak pemikiran yg biasa.




Friday, April 22, 2011

Habib Umar


Suaranya yang lantang, badannya yang tegak dengan dibalut jubah dan sorbannya yang dikenakan semakin menambah kewibaannya. Pribadinya santun dan rendah hati. Beliau memiliki akhlak yang terpuji dan memberikan contoh yang diajarkan Rasululla...h dengan perilaku yang nyata pada dirinya. Beliau adalah berkah bagi kaum muslimin saat ini. Nasab beliau adalah: Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abibakar bin Idrus bin Husein bin Syeikh Abibakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi bin Faqihil Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sahib Mirbat bin Ali Khali‘ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidallah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al-Uraidi bin Jakfar Ash-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib suami Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.Beliau adalah keturunan ke-39 daripada Baginda Al-Musthofa Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, April 21, 2011

Dominos Pizza . Nasi Arab Damsyik

 Sedut habuk dgn vacuum,Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Rezeki memang sentiasa datang.
Minggu lepas dominos pizza,minggu ni pulak Nasi Arab Damsyik.Minggu dpn???
Itulah 2Al-Mawardi.2011
Mmg best,dpt makan bersama rakan sekelas.
Mkn nasi arab dlm dulang pulak tu,mmg best gilee.
Mkn dlm dulang salah satu SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W 
Dpt pahala sesiapa yg mengikut sunnah nabi,tapi ingat sunat bkn wajib.
Kita digalakkan melakukannnya.
Terima kasih kpd sesiapa yg membelanja kami Dominos pizza&Nasi Arab Damsyik.HAHA



Thursday, March 24, 2011

FINAL GAME.SELASA-15 MARCH 2011

*Piala Pusingan Bola Sepak SEMI
Ketika final kami mendapat kemenangan free kerana Maahad At-Taufiqiah tidak mengikut undang-undang yg ditetapakan.Dengar cerita mereka memasukkan f4&f5 walaupun undang-undang ckp under 15 sahaja boleh main.Dgn insiden yg berlaku kami mendapat kemenangan FREE.Alhamdulillah :)
jadi jaringan mereka tidak dikira.Terima kasih Ya Allah.
"Hoben Jang Hoben"

FIRST GAME.AHAD-13 MARCH 2011

ketika first game bola sepak SEMI
SMI Seremaban vs SMI Sg.Ramal
                                                          1                          1
                                               (Tendangan penalti Sg.Ramal mng 2-0)
Second game,kami bangkit sbb nk menempah tiket ke final.Coach ckp kalo nk mng mesti kene jaring 3 gol ke atas.
SMI Seremban vs SMI Ad-Diniah
                                                          5                       0
Dgn jaringan yg banyak,kami layak ke final.Alhamdulillah :)

Wednesday, March 23, 2011

IHTIFAL SUKAN DI UKM 2011*edit edit..

inilah keseluruhan kontigen SMI SEREMBAN



Pemain-pemain bola sepak SMI SEREMBAN


 Emas bola sepak SEMI disandang oleh SMI SEREMBAN
Tahniah kpd pemain bola sepak SMI SEREMBAN krn dpt mempertahankan kejuaran.
Emas bola sepak SERI&SEMI disandang oleh SEREMBAN
Ketua pasukan SMI SEREMBAN:Muhd Nur Iman bin Zulkefli
Ketua pasukan SRI SEREMBAN:Muhd Harun
Piala besar tu Piala Pusingan




Saturday, March 19, 2011

Saya suka PAPAN KEKUNCI .

Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.
  • menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
  • bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
  • mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
  • menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.
Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.
Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.



Wednesday, February 16, 2011

22 SOALAN PADERI KEPADA SEORANG MUSLIM
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"Mendengarpertany aan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.. -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12). -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. - Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk. -Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). -Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17). -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160). -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :1 ) -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9) -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69). -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i) -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslimyang bertakwa .** NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran bagi membolehkan kita menangkistohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu(kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini(membisikkan ke telinga orang nazak)benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Tuesday, February 15, 2011

2 AL-MAWARDI

LELAKI
Muhd.Faiq*ketua kelas
Muhd.AmirunNafis
 Muhd.IzzatIzzuddin
 Muhd.Amirullah
 Muhd.NurIrfan
Muhd.Fahmi
Mohd.Safwan
 AsyreeqHaziq
AmirIzzuddin
Muhd.SyawalShah
Muhd.Aiman
Muhd.Amir
IzmelAzim
 MeorAbdulRahman
NurAdli
 Muhd.Izzuddin
MohammadIzz
Hanif