Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya tidur boleh tidur malam.
Pelbagai cara telah diusahakan,tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi.
"Apa yg mengganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur?"tanya doktor.
"Saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi di bawah katil saya.Dan apabila saya memejamkan mata,dinosaur itu membaham saya!"
"Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak.Tidak ada dinosaur,percayalah."
"Ada!jawabnya penuh yakin.
Doktor itu mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki itu.
"Jelas ini masalah psikologi."kata dokor pakar psikologi.
"Ini masalh fobia akibat didikan masa lampau,"ujar seorang pakar yg lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf,"tambah seorang doktor pakar saraf.
"Baiklah.Saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing untuk mengubatinya,"rumus doktor tadi.
Selepas seminggu,doktor tersebut bermesyuarat semula untuk membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah psikologi yang sungguh kroni.Pelbagai kaedah telah saya gunakan,tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur di bawah katilnya,"pakar psikologi membuat penjelasan.
"Sarafnya semua okey.Tidak ada apa-apa yang tidak normal."
"Saya syorkan dia menerima rawatan alternatif."
Banyak cadangan yang diusulkan,sehingga doktor itu bingung mana satu rawatan yg logik untuk dilaksanakan.
Di rumah,doktor itu bermenung panjang.
"Mengapa ayah termenung?"tegur anaknya yang berusia tujuh tahun.
"Ada masalah pesakit ayah."
"Apa masalahnya ayah?Mana tahu saya boleh membantu."
Dalam hati doktor terdetik,kalau daripada kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapt menyelesaikan masalah ini,inikan pula anak yg berusia setahun jagung!
Namun untuk meraikan si anak,doktor itu pun menceritakn masalah pesakitnya.
"Oh,dia rasa ada dinosaur menyorok bawah katilnya hingga dia tidak boleh tidur?"
"Ya begitulah."
"Kalau begitu ayah potong sahaja kaki katilnya!"
"Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalahnya tidur boleh tidur?"
"Kalau kita potong kaki katil,sudah tentu dinosaur tu tak ada tempat untuk bersembunyi!"
"Ya tak ya juga,"bisik doktor itu dalam hatinya.
Esoknya,kaki katil si pesakit itu dipotong.
"Nah,sekarang dinosaur itu tidak ada tempat lagi bersembunyi di bawah katil kamu.Kamu boleh tidur sekarang."
Benarlah si pesakit itu pun boleh tidur dgn nyenyaknya.
Pengajaran:Betapa banyak masalah besar yg dapat diungkai apabila kita berfikir dengan santai,bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yg biasa.
No comments:
Post a Comment