About Me

My photo
3 CINTAKU !Cinta pada Allah,Cinta pada Nabi Muhammad S.A.W,Cinta pada Ibu Bapa

Sunday, May 29, 2011

Imam Muda Musim Ke-2

 IMAM MUDA MUSIM KE-2

Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik...
Imam muda musim ke 2 ini juga penyambung kpd Imam muda musim pertama.
  IMAM MUDA MUSIM PERTAMA


Juara imam muda musim pertama
IM ASYRAF
(Tapi,ni bukan abg aku..Nama je yg sama)


Naib juara imam muda musim pertama
IM HIZBUR
(Ini pulak takde kene mengene dgn abg aku)

Disini juga aku nk bgtahu biodata imam muda musim ke-2..

IMAM MUDA ALI
Seorang yg pandai melukis kartun dan menggunting rambut(lelaki)

IMAM MUDA HASSAN
Seorang yg pernah turut serta program realiti

IMAM MUDA AZLAN

IMAM MUDA AMMAR
Seorang yg boleh mengubat batin dan mengesan aura

IMAM MUDA MUJAHID
Seorang yg berakrobatik dan bergimnastik

IMAM MUDA NAJDI
Diantara peserta yg paling muda dlm imam muda musim ke-2

IMAM MUDA NAZRUL
Pernah juara marhaban dan nasyid

IMAM MUDA FATTAH
Seorang yg boleh berjenaka dan berlawak mencuit hati

IMAM MUDA FADLI
IMAM MUDA FAKHRUL

Aku suka sangat tengok program imam muda ini.Kalau bole,nk pergi tengok imam muda mase final nanti.Itu pown kalo bole laa.Sesiapa yg berkesempatan tgk la;
  • Medan Imam muda 9.00 malam hingga 10 malam setiap hari Jumaat di saluran 106 astro oasis.
Saksikan bagaimana kesemua 10 peserta yang terpilih mengharungi cabaran mengatasi pelbagai ujian penting mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir.


Saturday, May 28, 2011

Jamuan Makan Tok Guru

SEORANG Tok Guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan.Dengan pakaian yg sangat sederhana,Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut.
  Malangnya,setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan.Tuan rumah lenih mengutamakan org kenamaan;org kaya,org berpangkat dan ternama mendapat keutamaan.Tok Guru dipinggirkan.
  Menyedari sikap "pilijh bulu" tuan rumah,Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya,Kali ini beliau memakai pakaian yg mahal dan gemerlapan.
  Kemudian dgn segera beliau pergi semula ke majlis tersebut.Kali ini dia disambut dgn mesra dan dijemput dgn hormat mnejamu selera makanan yg lazat-lazat oleh tuan rumah.
  Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk-pauk dan makanan yg dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya,seluar dan seluruh pakaiannya yg mahal-mahal itu.
 "Mengapa?"tanya org ramai.
  Tok guru menjawab,"Tuan rumah hendak menjamu pakaianku,bukan diriku!"
PAKAIAN..
YG MANA SATU MEREKA  LIHAT?          
VS
Pengajaran:Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan org lain terhadap diri kita.Inilah yg dikatakan harga diri.Dan inilah syarat utama untuk berjaya dlm hidup.Jadi,jgn risau kalau kita tidak dihargai,tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga.Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yg kita pakai atau miliki,tetapi pada ilmu,akhlak dan takwa yg ada dlm diri.

Mudahkan yang payah.

     Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya tidur boleh tidur malam.
Pelbagai cara telah diusahakan,tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi.
     "Apa yg mengganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur?"tanya doktor.
"Saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi di bawah katil saya.Dan apabila saya memejamkan mata,dinosaur itu membaham saya!"
     "Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak.Tidak ada dinosaur,percayalah."
"Ada!jawabnya penuh yakin.
      Doktor itu mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki itu.
"Jelas ini masalah psikologi."kata dokor pakar psikologi.
"Ini masalh fobia akibat didikan masa lampau,"ujar seorang pakar yg lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf,"tambah seorang doktor pakar saraf.
"Baiklah.Saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing untuk mengubatinya,"rumus doktor tadi.
Selepas seminggu,doktor tersebut bermesyuarat semula untuk membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah psikologi yang sungguh kroni.Pelbagai kaedah telah saya gunakan,tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur di bawah katilnya,"pakar psikologi membuat penjelasan.
"Sarafnya semua okey.Tidak ada apa-apa yang tidak normal."
"Saya syorkan dia menerima rawatan alternatif."
 Banyak cadangan yang diusulkan,sehingga doktor itu bingung mana satu rawatan yg logik untuk dilaksanakan.
  Di rumah,doktor itu bermenung panjang.
  "Mengapa ayah termenung?"tegur anaknya yang berusia tujuh tahun.
  "Ada masalah pesakit ayah."
 "Apa masalahnya ayah?Mana tahu saya boleh membantu."
Dalam hati doktor terdetik,kalau daripada kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapt menyelesaikan masalah ini,inikan pula anak yg berusia setahun jagung!
Namun untuk meraikan si anak,doktor itu pun menceritakn masalah pesakitnya.
 "Oh,dia rasa ada dinosaur menyorok bawah katilnya hingga dia tidak boleh tidur?"
 "Ya begitulah."
"Kalau begitu ayah potong sahaja kaki katilnya!"
 "Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalahnya tidur boleh tidur?"
 "Kalau kita potong kaki katil,sudah tentu dinosaur tu tak ada tempat untuk bersembunyi!"
 "Ya tak ya juga,"bisik doktor itu dalam hatinya.
Esoknya,kaki katil si pesakit itu dipotong.
"Nah,sekarang dinosaur itu tidak ada tempat lagi bersembunyi di bawah katil kamu.Kamu boleh tidur sekarang."
Benarlah si pesakit itu pun boleh tidur dgn nyenyaknya.
Pengajaran:Betapa banyak masalah besar yg dapat diungkai apabila kita berfikir dengan santai,bebas  dan keluar daripada kotak pemikiran yg biasa.